Saturday, February 21, 2009
kini empat pagi.
"Kepada penyair gundah,
daun gugur pun sentiasa
indah." - A. Samad Said
Rebah, kau bawa kesannya ke tanah.
Lalu dunia tidak rata dan seluruh alam
seperti yang kau kenali
tidak akan sama lagi.
Masa membawa cerita kamu itu.
Tumpukan pendengaran kau sebentar.
Bisikan angin memerli.
Hentilah mendengar dengan telinga sahaja.
Pekaklah kau sampai bila-bila.
Bawalah belaian suara samar itu ke dalam hati
dan angkatlah dirimu ke suatu sudut yang sunyi.
Frekuensinya makin jelas, bukan?
Fahami.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
cool.
ReplyDelete