Sunday, March 8, 2009

Ingati Kisah Kelabu



Beratus-ratus tahun telah ku tunggu supaya mentari dikelami jerebu. Bukan sengaja niat aku mewarnakan dunia menjadi haru kelabu tanpa biru sebegitu. Sesungguhnya, kelabu ini bukanlah warna asli pun.

Ia diantara yang sesat dalam proses pembentukan, penciptaan dan penamaan warna-warna sedunia. Ianya tidak hitam, tidak putih. Tidak kuning dan tentunya tidak biru. Kelabu sentiasa dikaitkan dengan nilai-nilai kemuraman dan kecelakaan. Jikalau kelabu punyai sebuah hati yang mampu dilukai, sudah tentu ia telah lama pecah umpama cerita epik romantis dua orang yang diperbodohkan cinta, diselami takdir dan ditinggalkan bersendirian dan berjauhan dengan misi paling mencabar sekali, mencari diri.

Lalu menyibuk pula seorang pengembala bintang di sudut dunia tidak bernama. Katanya padaku, "Aku telah menyaksikan kejadian bumi kamu. Pada hari ketiga penciptaannya, satu sahaja warna yang wujud, dialah kelabu. Namun pada hari kelima, kelabu diperli bintang kerana tidak mampu bersinar sepertinya. Pudar, muram dan buruk. Haprak, habuk tak mengaku kawan. Itu sajalah ia."

"Dalam sekelip mata, kelabu yang terasa seperti urat-urat yang menyokong hatinya, putus satu demi satu. Tck. Tck.... Tck. Lalu meletuplah dalam diam menjadi bertrilion-trilion mikro atom yang menakluki dunia melalui titisan air. Itu yang dinamakan hujan oleh seangkuhnya manusia.

Dan terbentuklah satu implikasi yang terdiri daripada tujuh warna terindah di dunia. Sehingga hari ini kesannya kau dan aku dapat lihat.

Maka setiap kali kau terjumpa pelangi, ingati bahawasanya aku tercerai hati.

Dan dari mana datangnya keindahan ini."


Haram jadah.

Penipu punya pengembala bintang.

Aku pasti aku kena kencing.

Basah hujung kepalaku.

4 comments:

  1. saya suka post ini.
    sebab ditulis dlm bahasa melayu.eh bahasa malaysia.
    saya suka bahasa malaysia,tahukah?

    jap jap.cerita ni kan macam dalam dia sweet(manis)dan meaningful(bermakna) kot.
    kan.

    ReplyDelete
  2. terima kasih cik emellia.anda sangat prihatin terhadap nukilan ini dan memang benar,terdapat makna tersirat di balik semuanya. bukan niat ku untuk mengagungkan suatu bahasa,cuma ekspresi itu tepat dengan lenggok bunyiannya. :)

    ReplyDelete
  3. sama sama encik karl.saya bangga menjadi pembaca yang prihatin begini.
    benar, bahasa ini menceritakan kesemuanya dengan baik.

    ReplyDelete
  4. karl,
    mcm mana nak puji kalau i tak faham?

    ReplyDelete